Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim
Teks: Nurul Nisa Yahaya
Hari ini saya ingin kongsikan cara bagaimana hendak menjahit kancing yang tertanggal dan kelim atau kelepet yang meretas. Pada saya, ini adalah kemahiran asas yang semua orang perlu tahu tidak kira samada dia seorang lelaki atau perempuan. Ini kerana pakaian merupakan keperluan asas yang semua orang perlukan dalam menjalani kehidupan seharian. Itulah sebabnya kenapa setiap orang wajib memiliki kotak jahitan! Jadi jika anda sedang mencari bagaimanakah cara untuk baiki pakaian anda sendiri, bolehlah manfaatkan perkongsian saya ini
Menjahit kancing yang tertanggal
Sebelum kita menjahit, jom kita kenali dahulu apa itu kancing dan jenis-jenisnya. Kancing merupakan bahan yang digunakan untuk merapatkan belah pada pakaian dan dijahit pada dua lapisan fabrik. Tiga jenis kancing yang biasa digunakan dan wajib ada di dalam kotak jahitan anda adalah butang, butang katup, cangkuk dan palang. Jenis mata jahitan asas untuk menjahit kancing ialah jahitan lilit kemas.
Langkah-langkah menjahit butang yang tertanggal
#1 Tandakan bahagian butang yang tertanggal pada pakaian.
#2 Mulakan menjahit dengan jahitan kia pada tapak butang yang tertanggal.
#3 Masukkan jarum melalui satu daripada lubang butang.
#4 Letakkan jarum peniti di antara dua lubang butang tersebut. Tujuannya adalah untuk memberi kelonggaran pada butang ketika hendak memasukkan butang tersebut ke lubang butang.
#5 Masukkan jarum menembusi belakang fabrik. Ulang jahitan sehingga kukuh.
#6 Cabut jarum peniti. Keluarkan jarum di antara fabrik dengan butang. Lilit benang di keliling tangkai yang dibentuk.
#7 Keluarkan jarum ke sebelah dalam fabrik.
#8 Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.
Langkah-langkah menjahit butang katup yang tertanggal
#1 Tandakan dengan kapur tukang jahit pada bahagian pakaian yang hendak dibaiki.
#2 Letakkan soket atau conet yang tertanggal pada bahagian yang ditanda.
#3 Mulakan dengan jahitan kia.
#4 Cucuk jarum pada satu daripada lubang soket atau conet.
#5 Jahit jahitan lilit kemas sebanyak empat hingga lima kali.
#6 Susupkan jarum ke lubang soket atau conet yang kedua. Ulang proses sehingga siap.
#7 Matikan dengan jahitan kia.
Langkah-langkah menjahit cangkuk dan palang yang tertanggal
#1 Tandakan bahagian cangkuk atau palang yang tertanggal.
#2 Mulakan jahitan dengan jahitan kia.
#3 Cucuk jarum pada satu daripada lubang cangkuk atau palang.
#4 Jahit jahitan lilit kemas.
#5 Susup jarum ke lubang cangkuk atau palang yang kedua dan ulangi proses hingga siap. Untuk cangkuk anda perlu susupkan jarum ke lubang cangkuk yang ketiga dan ulangi proses hingga siap.
#6 Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Menjahit kelim yang meretas
Apa itu kelim? Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin. Kelim boleh memberi bentuk kepada pakaian dan boleh digunakan sebagai hiasan. Kelim biasanya terdapat di bahagian bahu, rusuk dan tepi seluar atau sarung. Jenis mata jahitan yang digunakan untuk menjahit kelim yang meretas ialah jahitan kia atau jahitan jelujur halus.
Langkah-langkah menjahit kelim yang meretas
#1 Kenal pasti bahagian yang meretas pada pakaian.
#2 Tarik keluar kedua-dua benang di bahagian yang meretas lebih kurang 5 cm hingga 6 cm.
#3 Susup benang asal di antara mata jahitan asal.
#4 Jahit kelim yang meretas dengan jahitan kia atau jahitan jelujur halus. Mulakan dan matikan jahitan 2 mm hingga 3 mm di atas jahitan asal.
Menjahit kelepet yang meretas
Apa itu kelepet? Kelepet ialah lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi. Kelepet biasanya terdapat di hujung kaki seluar, hujung lengan baju dan bahagian bawah pakaian. Jenis mata jahitan yang digunakan untuk menjahit kelepet yang meretas ialah jahitan sembat atau jahitan silang pangkah.
Langkah-langkah menjahit kelepet yang meretas
#1 Kenal pasti bahagian kelepet yang meretas.
#2 Tanggalkan benang asal sepanjang 5 cm atau 6 cm dan matikan dengan jahitan kia.
#3 Mulakan jahitan sembat atau jahitan silang pangkah dengan jarak 2 mm hingga 3 mm di atas jahitan asal.
#4 Matikan jahitan dengan jarak 2 mm hingga 3 mm di atas jahitan asal.
Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan kepada anda. Kini anda boleh baiki pakaian anda sendiri. Selamat mencuba!
Sumber: Buku Teks Kemahiran Hidup Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan