Jumaat, 21 November 2014

Pusat Latihan Kraftangan EPAL

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Teks: Nurul Nisa Yahaya

Cuti sekolah menjelang tiba. Bagi suri yang rutin hariannya menghantar dan menjemput anak2 ke sekolah pastinya cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu. Dapatlah merehatkan diri dari 'ribut taufan' di pagi hari buat seketika waktu. Begitu juga dengan saya memandangkan itu adalah rutin harian saya setelah bergelar suri rumah sepenuh masa beberapa bulan yang lalu. Ketika berkerja dahulu saya selalu berangan, "Seronoknya kalau masa cuti sekolah, aku pun cuti. Boleh pergi belajar menjahit." Kini, apa yang saya angankan sebelum ini akan saya jadikan kenyataan. Cuti sekolah kali ini saya akan manfaatkan sebaik mungkin untuk menyiapkan projek-projek jahitan sulaman di Pusat Latihan Kraftangan EPAL (EPAL) yang tergendala sekian bulan lamanya.


Sebenarnya dah lama mak mengajak saya belajar menjahit di EPAL. Tapi biasa la, bila dah tak minat macam-macam alasan saya bagi. Mesin jenama lain lebih baik la, bahan belajar mahal la, tak ada masa nak pergi la dan macam-macam lagi la. Akhirnya bila minat menjahit itu timbul kembali, EPAL yang menjadi pilihan hati saya. Hilang segala alasan-alasan dahulu. Betul lah kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Berikut saya kongsikan sepuluh sebab kenapa saya memilih EPAL:-
  1. Saya dapat belajar pelbagai jenis kursus jahitan secara percuma selama setahun dengan setiap pembelian mesin jahit di EPAL. 
  2. Saya boleh membawa salah seorang daripada ahli keluarga saya untuk belajar menjahit bersama saya di EPAL secara percuma.
  3. Saya boleh pergi belajar di mana-mana cawangan EPAL di seluruh Malaysia.
  4. Saya boleh pergi ke kelas mengikut kesesuaian masa saya sendiri memandangkan EPAL beroperasi pada setiap hari kecuali cuti umum dari jam 10.00 pagi hingga jam 7.00 petang atau hingga jam 6.00 petang pada hari Ahad.
  5. Saya boleh menyertai kursus tambahan yang diadakan seperti belajar menggunakan tapak mesin, belajar menyelenggara mesin dan juga menyertai kursus keusahawanan menjual mesin secara percuma.
  6. Saya boleh menyertai pelbagai aktiviti menjahit yang dianjurkan oleh EPAL seperti pertandingan menjahit, cabutan bertuah, menjahit sambil beramal, menjahit bersama pakar dari luar negara dan banyak lagi.
  7. EPAL berpengalaman dalam bidang seni jahitan melebihi 10 tahun dan ia mempunyai tenaga pengajar yang mahir, terlatih dan berpengalaman.
  8. EPAL menyediakan e-store bagi kemudahan ahli VIP EPAL untuk mendapatkan barangannya yang asli.
  9. EPAL yang dimiliki oleh Mostwell Sdn Bhd merupakan agen tunggal mesin jahit Janome di Malaysia dan setiap ahli VIP EPAL juga boleh menjual mesin jahit tersebut dan berhak mendapat keuntungan daripada nilai mata (komisyen) bagi setiap mesin jahit yang dijual. 
  10. Hubungan antara EPAL dan Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad (KDSM). KDSM yang berada di bawah naungan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang merupakan sebuah koperasi yang menggiatkan seni jahitan kreatif dan memberikan harapan kepada suri rumahtangga dan masyarakat dengan adanya sokongan padu dari EPAL. KDSM mewujudkan satu platform yang lebih besar untuk memasarkan produk seni jahitan serta kraftangan yang lebih kondusif, inovatif dan praktikal.

Apa yang lebih menarik lagi, saya telah mengikuti Program Home Based Business (HBB) yang telah diwujudkan oleh KDSM beberapa bulan sebelum saya meletakkan jawatan pada 1 Julai 2014 yang lalu. Program HBB ini dianjurkan dengan objektif seperti berikut:-

  • Mengubah minat atau hobi yang memberikan kepuasan kepada kerjaya yang menambahkan sumber pendapatan.
  • Melahirkan lebih ramai wanita yang berdikari dan produktif di Malaysia. Melalui kemahiran ini, mereka mampu untuk menjadi usahawan cemerlang, gemilang dan terbilang walaupun hanya di rumah namun mereka boleh meningkatkan kualiti hidup mereka.
  • Dengan kemahiran "Home Based" ini, wanita-wanita tidak perlu keluar bekerja malah mereka boleh menjana pendapatan sambil menguruskan rumahtangga dan anak-anak terutamanya para ibu tunggal. Bagi anak-anak yatim atau mereka yang kehilangan bapa akibat perceraian, kasih sayang dan perhatian ibu adalah faktor utama yang diperlukan untuk memastikan kejayaan mereka cemerlang hingga akhir hayat. Tindakan ini secara tidak langsung akan mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja kini yang semakin meningkat.
  • Kursus yang dianjurkan adalah berasaskan keperluan dan permintaan masyarakat zaman kini yang semakin meningkat. Kemahiran ini adalah lebih berdaya saing bagi memenuhi permintaan industri.
  • Membantu wanita agar berfikiran positif untuk menjana ekonomi keluarga melalui kemahiran yang diberikan.
  • Menyebarkan ilmu seni jahitan kreatif dan memajukan seni jahitan di kalangan masyarakat.

Berbekalkan RM10,000 pinjaman dari TEKUN bagi program ini, saya telah diberikan sebuah mesin jahit sulam Janome model MC350E dan bahan-bahan untuk 15 projek jahitan sulaman untuk dipelajari.

#01  Bahan Workshop AKU I-III
#02  Bahan Syiling Pouch
#03  Bahan Tisu Pouch
#04  Bahan Tisu Box Cover
#05  Bahan Book Cover
#06  Bahan Pencil Box
#07  Bahan Name Tag
#08  Bahan Beg Tote (Hiasan dengan bunga 3D & stabilizer kecut)
#09  Bahan Sarung Bantal (Hiasan corak jahitan)
#10  Bahan Kursus Tuala + Sulaman
#11  Bahan Kursus Telekung + Sulaman
#12  Bahan Zipper Sejadah
#13  Bahan Kursus Baju Kurung + Sulaman Tengkuk Leher + Kerawang
#14  Bahan Kursus Baju Kebaya Nyonya + Sulaman
#15  Bahan Baju Melayu

Ha itulah dia 15 projek yang saya nak siapkan sepanjang cuti sekolah ni. Ada hati nak siapkan semua tu sedangkan menjahit pun tak tahu. Tak mengapa, yang penting semangat kena kuat! In Shaa Allah, dengan adanya cikgu-cikgu yang hebat di EPAL saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan semua projek tersebut. Nantikan perkongsian hasilnya di Laman Apresiasi Seni Jahitan ye. Satu lagi perkara yang paling menggembirakan saya ialah EPAL kini telah membuka cawangan barunya di Bangi dan ini akan memudahkan saya untuk pergi ke kelas setiap hari selepas menghantar anak-anak ke sekolah di Putrajaya memandangkan lokasinya yang berdekatan berbanding di Puchong sebelum ini. Kini, EPAL di hatiku!

Di sinilah tempat saya akan menimba ilmu

Mesin idaman hati



10 ulasan:

  1. Slm sis.. sy nk tny tntg pinjaman tekun yg sis mention kt atas.. cmne nk apply ye? Sis gunakan utk blajar di epal kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wksm. Kalau sis berminat, boleh pergi ke mana-mana cawangan Pusat EPAL untuk apply. Untuk pakej yang saya ambik tu mesin termasuk bahan dan Pusat EPAL akan ajar kita siapkan bahan-bahan tersebut sampai pandai. Seronok sis. Saya pun dah mula ambik tempahan sulaman baju untuk raya yang lepas.

      Padam
  2. Saya pun nak sertai EPAL cuti skolah ni dgn anak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow seronoknya sis... dapat pergi belajar bersama dengan anak-anak...

      Padam
  3. Balasan
    1. Kalau sis beli mesin di Epal, secara langsung sis akan menjadi ahli VIP EPAL dan sis layak untuk menjual mesin JANOME memandangkan Epal adalah ejen tunggal mesin JANOME di Malaysia. Sis juga akan dapat yuran belajar PERCUMA selama setahun.. sis cuma perlu beli bahan projek sahaja. Seronokkan...dapat ilmu sambil menjana pendapatan.

      Padam
  4. waaaa..best sy jg tringin mngikuti ny..mcm mna saya mnyertai aktiviti ne puan

    BalasPadam