Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim
Teks: Nurul Nisa Yahaya
Hari Ke-2 @ EPAL Bangi, 4 Disember 2014, 1.00tgh - 6.00ptg
Semalam tak dapat nak pergi kelas sebab kereta tak berapa sihat. Kena hantar pergi bengkel. Jadi hari ni dengan bersemangatnya pergi ke kelas nak siapkan projek syiling pouch yang tak sempat siap hari tu. Sampai, terus setting tempat dan makan tengahari dulu sementara tunggu masuk waktu solat Zohor. Selesai solat, terus siapkan syiling pouch tu. Lepas tu buat projek book cover dengan harapan nak siapkan hari ni juga. Mula-mula sulam pada bahagian luar book cover. Dah siap, kena selesaikan bahagian dalam pula. Untuk siapkan projek ni tiada langkah-langkah disediakan sebagai panduan. 100% mengharapkan tunjuk ajar dari cikgu. Samalah dengan tiga projek yang telah saya siapkan sebelum ni. Jadi, sebagai pelajar yang tak pandai menjahit ni memang mengharapkan tunjuk ajar cikgu ajelah semata-mata. Siap jahit bahagian dalam book cover tu, cikgu pun datang tengok hasil jahitan. Belek punya belek, cikgu cakap silap ni. "Ha!" Terkejut saya. Tapi cikgu tenang aje. Sambil senyum dia cakap, "Tak pe, tetas balik jahitan ni." Baiklah, saya pun tetaslah semula jahitan tu dengan penuh kesabaran. Selesai tugasan menetas, cikgu suruh jahit semula bahagian dalam tadi tapi dengan cara lipatan yang lain pula. Dalam keadaan berjaga-jaga tu tiba-tiba kain yang sedang dijahit tu tersangkut pula kat dalam embroidery foot. Kelam kabut saya tekan butang stop. Cuba selesaikan masalah sendiri. Potong benang dan tarik kain yang tersangkut tu perlahan-lahan keluar dari embroidery foot tu. Alhamdulillah, selamat. Secara tak langsung saya dapat belajar bertenang apabila menghadapi masalah dengan mesin tersebut. Saya pun meneruskan jahitan sehingga selesai. Dah siap, tunjuk kat cikgu. Cikgu belek sana belek sini, dengan tenang cikgu cakap, "Silap ni. Takpe nanti saya tengok balik macam mana cara buat book cover ni." Masa tu jam pun dah menghampiri enam petang. Saya pun dah nak balik. Dengan tenang dalam kekecewaan saya pun jawab, "Ok cikgu."
Pengalaman yang saya dapat hari ni saya cuba kaitkan dengan apa yang pernah saya baca sebelum ni, menjahit adalah satu terapi! Ia boleh mengajar seseorang itu erti kesabaran. Tapi masa tu saya tak faham apa yang dimaksudkan dengan terapi kesabaran tu. Kini saya telah alami dan baru saya faham. Memang menjahit ni mengajar saya erti kesabaran. Dalam keadaan tak sabar nak tengok hasil jahitan, setelah meluangkan masa membetulkan kesilapan, tiba-tiba apa yang saya usahakan tu tidak berhasil. Ada perasaan kecewa di hati bila fikir usaha tadi seperti sia-sia. Tiba-tiba teringat kisah pencipta lampu mentol, Thomas Edison yang hanya mencapai kejayaan selepas seribu kali mencuba. Apabila ditanya bagaimana beliau masih boleh berusaha walaupun gagal begitu banyak kali, beliau menjawab, "Saya tidak menganggap diri saya gagal tetapi saya telah menjumpai 999 cara yang salah dalam mencipta lampu mentol." Satu kisah motivasi yang sesuai untuk situasi saya ketika itu. Tiba-tiba saya rasa kagum dengan cikgu Nadia. Walaupun dia telah tersilap tapi dia boleh bertenang. Bila fikir balik, buat apa nak kelam kabut, nak marah, benda dah silap, buatlah semula yang lain. Sekali lagi saya teringat apa yang pernah saya baca, menjahit ni kena banyak try and error. Akhirnya saya bersyukur, Alhamdulillah saya telah diberi kekuatan untuk belajar bersabar. Terima kasih cikgu Nadia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan