Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim
Teks: Nurul Nisa Yahaya
Hari Ke-9 @ EPAL Bangi, 17 Disember 2014, 1.00tgh - 7.00ptg
Tak sabar nak ke EPAL hari ni setelah dua hari bercuti. Bersemangat nak menjahit baju kurung. Persediaan sebelum menjahit semua dah disiapkan pada hari Jumaat yang lepas. Jadi matlamat hari ni nak belajar menjahit bersungguh-sungguh. Sampai, siap sediakan mesin dan meja, makan dan solat. Dah bersedia, panggil cikgu. Hari ni kita nak buat apa Cikgu Nadia ye? Mula-mula sulam bahagian leher dulu. Sebelum mula menyulam, cikgu suruh saya lipat kain bahagian badan tu kepada empat bahagian dan gosok untuk dapatkan tanda bahu dan tanda tengah leher. Kemudian pasangkan pada ram dan mulakan sulaman. Siap sulaman, tanggalkan daripada ram dan koyakkan stabilizer. Buang sehingga bersih. Selesai, cikgu suruh sambung pesak dengan kekek. Lepas tu sambungkan pula bahagian tangan pada pesak dan kekek yang telah disambungkan tadi. Ha ini baru proses menjahit bermula. Tak tahu nak cerita macam mana tapi yang pastinya seronok bila tengok pesak, kekek dan tangan dah bercantum. Walaupun beberapa kali perlu ditetas dan dijahit semula tapi bila dah siap gosok dan tengok hasilnya kemas, rasa seronok dan tak sangka yang saya sudah boleh menjahit. Rasa macam tak sabar nak sambung pada bahagian badan pula. Tapi cikgu cakap, sebelum sambung bahagian badan kita sulam tangan dulu. Yang tu saya sambung esok ye cikgu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan